Pho Hoa Noodle Soup - Tropicana City Mall, PJ.
Kebetulan nak membeli barang-barang dapur di Carrefour, skali terlintas Carrefour baru dekat Damansara Intan, di Tropicana City Mall. Sampai di situ dalam waktu tengahari kebetulan belum lagi makan tengahari. Oleh kerana Mall ini baru dibuka beberapa bulan yang lalu, masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka, termasuklah tempat menjamu selera.