Pulut Lepee (Lepa) Terengganu - Ladang, Kuala Terengganu
Kalau di negeri-negeri lain bentuknya sama seperti pulut panggang atau pulut udang tetapi rasa dan bahannya adalah berbeza. Pulut Lepee asasnya pulut berintikan serondeng ikan, dipanggang di atas bara tempurung kelapa yang menambahkan lagi keenakannya. Ianya lazat dimakan ketika panas-panas sehinggakan Mem aku yang berasal dari Utara pun sukakan pulut lepee ni daripada pulut udangnya.
Setahu aku gerai yang best yang menjual pulut ini ada 2 tempat iaitu satu di persimpangan antara Wisma Persekutuan dan Stesen Minyak Ca
Restoran Payang Serai - Kuala Terengganu
Kalau aku balik kampung, sudah semestinya agenda aku dipenuhi dengan acara makan, balas dendam katak



Oleh kerana keistimewaan hidangan restoran ini adalah lauk-pauk makanan laut dengan pelbagai cara masakan ala Cina maka menu pilihan aku pada hari itu bermula dengan minuman istimewanya, Payang Serai Cooler (RM5), Butter Soft Shell Crab (RM24, saiz S), Seafood Soup (RM12), Kerapu - Ban Suan (RM33).
Masakan ikan kerapu tersebut di-stim di dalam sejenis sos masam beserta ramuan seperti serai, halia, dan sebagainya beserta kacang. Manakala Butter Soft Shell Crabnya amat rangup dengan rasa manis-manis berlemak, digorengkan dengan jala-jala mentega sehinggakan aku meratahnya sehingga licin. Rasa Seafood Soupnya sememangnya rasa seafood, tidak seperti yang pernah aku nikm

Sambil menikmati menu-menu tersebut, sesekali aku menikmati pemandangan sungai serta Jambatan Sultan Mahmud dan Masjid Kristal yang tidak jauh kelihatan. Memang tidak dinafikan semua pilihan hidangan yang aku cuba ini amat berbaloi rasanya. Keseluruhan harga menu pilihan kami pada hari itu ialah RM80+, boleh dikatakan berpatutan tetapi amat berbaloi! Jika berkesempatan untuk berkunjung lagi ke restoran ini aku akan mencuba hidangan lain pula, mungkin menyelerakan!
Point Laparnya:
Keseluruhan - 4.5
Harga - 3.5
Suasana - 5.0
Kesedapan - 5.0
Servis - 4.5
1 comment:
sedakkkkkkkkkk ahhh tekk pulut leperr...
Post a Comment