Wednesday, August 26, 2009

Tandoori Kapitan! - Penang


Tandoori Kapitan - Penang
Sebut sahaja Tandoori Kapitan, mesti semua tahu reputasi Restoran Kapitan iaitu keistimewaannya adalah ayam tandoorinya serta p
elbagai jenis roti naan. Semestinya jikalau aku balik ke Penang, aku pekena tandoori di restoran ini. Dahulunya hanya mempunyai 2 cawangan, satu di Gurney Tower, Persiaran Gurney dan cawangan utamanya yang terletak di Lebuh Chulia tetapi kini mempunyai 2 lagi cawangan baru iaitu di Persiaran Bayan Bay, berhadapan dengan Queensbay Mall dan satu lagi di Bandar Perda

Sunday, March 15, 2009

Pulut Lepee & Sata


Pulut Lepee (Lepa) Terengganu - Ladang, Kuala Terengganu
Kalau di negeri-negeri lain bentuknya sama seperti pulut panggang atau pulut udang tetapi rasa dan bahannya adalah berbeza. Pulut Lepee asasnya pulut berintikan serondeng ikan, dipanggang di atas bara tempurung kelapa yang menambahkan lagi keenakannya. Ianya lazat dimakan ketika panas-panas sehinggakan Mem aku yang berasal dari Utara pun sukakan
pulut lepee ni daripada pulut udangnya.
Setahu aku gerai y
ang best yang menjual pulut ini ada 2 tempat iaitu satu di

Sunday, February 22, 2009

Lapo Ah!

Pho Hoa Noodle Soup - Tropicana City Mall, PJ.
Kebetulan nak membeli barang-barang dapur di Carrefour, skali terlintas Carrefour baru dekat Damansara Intan, di Tropicana City Mall. Sampai di situ dalam waktu tengahari kebetulan belum lagi makan tengahari. Oleh kerana Mall ini baru dibuka beberapa bulan yang lalu, masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka, termasuklah tempat menjamu selera.

Friday, December 12, 2008

Kamuh Ganung Kiteee

A
A
cing = Hancing;
Ace = Cuba; "Ace try tengok kot-kot ada bawoh lembek tow"; "Cuba try tengok kot-kot ada bawah tilam tu"


B
B
ewwoh = Kenduri; Contoh sila rujuk Gonyoh;
Bapok = Besar; "Owoh bapok ikang tow!" "Wah, besarnya ikan tu!"


C
Culah = Liat; "Culah sunggoh Semek nih makang obat!"; "Liat betullah Semek ni nak makan ubat!";

Thursday, September 11, 2008

Lapo Ah!


Delicious - Bangsar Village 2
Malam Sabtu, anak-anak dah masuk tidur, aku dengan Mem bosan kat rumah lalu pergi pusing dekat Bangsar. Singgah minum dekat Delicious sambil sembang-sembang dengan Mem. Dekorasi di dalam restoran ini sangat menarik mata aku terutama bahagian atas, syilling digantung sangkar-sangkar burung yang diletakkan lampu. Sambil sembang sempat menghabiskan Peach & Banana Crumble (RM9.90) dengan Coffee Latte Tall (RM9.90) dan minuman kegemaran Mem aku, Chocolate Iced Mocha (RM10.9). Terdapat ruang untuk perokok serta ruang santai. Aku suka suasana dalaman restoran ini.