Sunday, February 22, 2009

Lapo Ah!

Pho Hoa Noodle Soup - Tropicana City Mall, PJ.
Kebetulan nak membeli barang-barang dapur di Carrefour, skali terlintas Carrefour baru dekat Damansara Intan, di Tropicana City Mall. Sampai di situ dalam waktu tengahari kebetulan belum lagi makan tengahari. Oleh kerana Mall ini baru dibuka beberapa bulan yang lalu, masih banyak kedai-kedai yang belum dibuka, termasuklah tempat menjamu selera.

Disebabkan tidak banyak pilihan, aku membawa keluarga untuk merasa Pho Hoa Noodle Soup, restoran Vietnam di tingkat satu. Hidangan utama restoran ini adalah mee / bee hon di dalam pelbagai cara masakan dan hanya terdapat satu jenis hidangan nasi sahaja. Setelah membelek menunya, tekak aku agak keberatan untuk mencuba hidangan mee nya, mungkin ilustrasi menu mempegaruhi tekak aku. Aku dan keluarga memesan set hidangan nasi, Com Ga Nuong Cha Gio(Rice + grilled chicken & fried roll - RM12.99). Oleh kerana bahagian setiap set hidangannya terlalu banyak kami hanya memesan 3 set serta 1 pembuka selera Vietnam Lemon Grass Chicken(RM6.99) dan berkongsi semua hidangan. Aku suka Vietnam Drip Coffee Milk & Ice(RM4.9), kopinya keras ditapis di depan aku dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas beku yang dipenuhi ais. Semua skali RM56.45 nilai makan tengahari aku sekeluarga.

Point Laparnya:
Keseluruhan - 4.0
Harga - 3
.5
Suasana - 4.5

Kesedapan - 3.5
Servis - 4.5

 


          Food Garden - The Garden, KL
Hari tu, lepas ca
ri kasut anak-anak, melilau sekejap dekat The Garden. Mem aku ajak makan dekat Food Garden, dah tak tahu nak makan kat mana. Food Garden ni adalah berkonsepkan food court tetapi suasananya aku rasa sangat berbeza, tidak ramai orang berbanding dengan food court lain, yang pernah aku kunjungi sebelum ini, mungkin disebabkan tidak ramai pengunjung yang tahu tentang kewujudan tempat ini. Terletak di tingkat 3, The Garden bersebelahan dengan Mid Valley. Food Garden baru sahaja dibuka pada akhir tahun 2008, jadi tidak hairanlah stall-stall di dalamnya pun tidaklah 100% dipenuhi oleh peniaga.   
Bagi sesiapa yang bekerja di bangunan The Garden akan menikmati 10% diskaun (memerlukan kad The Garden) di food court ini, menurut Mem aku, yang turut menikmati diskaun ini. Menu pilihan aku masa tu, Lamb Shank With Rice (RM21.95+) dari stall House of Kebab kerana tokey Iraniannya bersungguh-sungguh mempromosikan stallnya kepada aku.
 Mem aku pula ambil Pineapple Fried Rice (RM7.50+) dari stall Lanna Thai dan Chicken Rice (RM5.50+) dari Chicken Rice stall untuk anak-anak aku.

Point Laparnya:

Keseluruhan - 3.7
Harga - 3.0
Suasana - 4.0
Kesedapan - 4.0
Servis - N/A

Skima Laparnya:

1: Pangkah Terus; 3: Boleh Tahan; 5: Rekemen;
Harga: 4.5 - 5 = Murah; 3 - 4 = Berpatutan; 1-2 = Mahal;
Suasana: > 4 -Sesuai utk. keluarga, kekasih, jamuan; 2 - 3 -Sekadar tempat makan; Kurang dr. 2 -Tak sesuai utk. menjamu selera;

2 comments:

sueaiilee said...

tekk aku nih..hehe masuk blog mung bleh lari plan diet aku

Sizuka said...

garden ada kedai makan korea. org kata sedap. aku dok try lagi