Wednesday, August 26, 2009

Tandoori Kapitan! - Penang


Tandoori Kapitan - Penang
Sebut sahaja Tandoori Kapitan, mesti semua tahu reputasi Restoran Kapitan iaitu keistimewaannya adalah ayam tandoorinya serta p
elbagai jenis roti naan. Semestinya jikalau aku balik ke Penang, aku pekena tandoori di restoran ini. Dahulunya hanya mempunyai 2 cawangan, satu di Gurney Tower, Persiaran Gurney dan cawangan utamanya yang terletak di Lebuh Chulia tetapi kini mempunyai 2 lagi cawangan baru iaitu di Persiaran Bayan Bay, berhadapan dengan Queensbay Mall dan satu lagi di Bandar Perda
Bukit Mertajam berdekatan dengan JUSCO AEON SPCSC (Seberang Perai City Shopping Centre). Tempat yang aku paling selesa ialah di Bandar Perda ini.
Menu istimewa Restoran Kapitan ini sudah semesti tandoorinya serta pelbagai roti naan seperti garlic, butter, butter garlic, cheese garlic dan sebagainya di mana dihidangkan panas-panas dengan tandoori ayam, mix grill kebab (kombinasi lamb, fish, chicken grill) dan sebagainya. Selain daripada itu, nasi kandar dan pelbagai lauk pauknya juga sedap disamping nasi briani claypot yang tidak kurang menyelerakan juga. Harga bagi butter naan tandoori set adalah RM7.50, butter garlic, cheese naan set RM8.00, garlic naan set RM7.00, garlic naan sekeping RM2.00, mix grill kebab RM12.00 . Nombor telefon Restoran Kapitan 04-2641191 (Lebuh Chulia), 04-8182811 (Gurney Tower), 04-6466426 (Bayan Bay).


Point:
Keseluruhan -
4.1
Harga -
3.5    
Suasana -
4
Kesedapan -
5
Servis -
4

3 comments:

Sizuka said...

penang food mahal sgt. maybe sebab dia org tau ramai tourists yg datang kot.

potech said...

Sizuka - Pengalaman saya tinggal di sana, harga makanan di sana bergantung juga pada tempat dan kawasan. Ada yang murah ada yang mahal. Tapi kalau nak dibandingkan dengan KL, saya rasa Penang lagi murah.

eddyra said...

gezzzzzz,.....