oLe OlE BaLi - Solaris Mont' Kiara
Tempoh hari, rakan-rakan sepejabat dan aku pergi berbuka puasa di salah satu restoran di Solaris Mont' Kiara iaitu Ole Ole Bali. Restoran ini terletak di Solaris Mont' Kiara iaitu merupakan satu kawasan baru terdiri daripada deretan kedai-kedai serta blok pejabat. Kawasan ini juga dikenali sebagai SOHO KL, yang kebanyakannya adalah restoran-restoran dan cafe "fine dinning".
Ole Ole Bali yang terletak di blok J, Ground Floor amat mudah dijumpai kerana ianya di sebelah jalan masuk utama ke kawasan itu. Susunannya meja-meja serta payung dan hiasan pada bahagian luar restoran ini sahaja sudah menyerlahkan suasana Bali serta dekorasi dalamannya yang amat ketara dikuatkan dengan hiasan lampu-lampu dan ukiran kayu di dalamnya.
Hidangan istimewa restoran ini adalah masakan-masakan dan minuman di Bali, Indonesia antaranya seperti Nasi Campur Ole-Ole (kombinasi udang/sotong/ikan panggang serai Bali, pilihan antara rendang ayam atau daging, sate lilit dihidang dengan kangkong dan sambal terasi serta sambal matah) . Kebanyakan rakan-rakanku memesan Nasi Campur ini untuk berbuka dan aku hanya memesan ikan panggang dan pasta bersama dengan minuman "Virgin Colada". Suasana di dalam restoran yang rileks itu membuatkan kami menikmati kelazatan makanannya.
Point:
Keseluruhan - 4.1
Harga - 3.0
Suasana - 5.0
Kesedapan - 4.0
Servis - 4.5
No comments:
Post a Comment