Thursday, September 11, 2008

Lapo Ah!


Delicious - Bangsar Village 2
Malam Sabtu, anak-anak dah masuk tidur, aku dengan Mem bosan kat rumah lalu pergi pusing dekat Bangsar. Singgah minum dekat Delicious sambil sembang-sembang dengan Mem. Dekorasi di dalam restoran ini sangat menarik mata aku terutama bahagian atas, syilling digantung sangkar-sangkar burung yang diletakkan lampu. Sambil sembang sempat menghabiskan Peach & Banana Crumble (RM9.90) dengan Coffee Latte Tall (RM9.90) dan minuman kegemaran Mem aku, Chocolate Iced Mocha (RM10.9). Terdapat ruang untuk perokok serta ruang santai. Aku suka suasana dalaman restoran ini.


Point Laparnya:
Point Keseluruhan - 3.9
Harga - 3.0
Suasana - 4.5
Kesedapan - 4.0
Servis - 4.0


Restoran Sajian Seri Melayu - Shah Alam
Selepas main tenis suatu pagi Sabtu, perut terasa sangat lapar kerana belum bersarapan. Aku dengan Mem pergi melilau dekat Seksyen 20 lalu terjumpalah kedai ni. Mem aku memesan Mee Bandung (RM4) dan aku hanya makan nasi lemak lauk biasa (RM3). Menurut tuan kedai ini(012 7733987), waktu berniaga daripada pagi hingga malam. Antara menunya pelbagai jenis Rojak, makanan panas / goreng-goreng, mee sup dan sebagainya.


Point Laparnya:
Point Keseluruhan - 3.5
Harga - 4.0
Suasana - 3.0
Kesedapan - 3.5
Servis - 3.5




BANGKOK TOMYAM - PULAU PINANG
Kalau aku balik Penang, kalau nak makan tomyam atau paprik, restoran ini adalah salah satu tempat dalam senarai aku. Memang semasa aku menetap di sini dulu pun, ia salah satu tempat makan aku. Terletak di Bayan Lepas, Jalan Mahkamah. Dari bulatan Bayan Baru menuju ke Bayan
Lepas melalui Jalan Sultan Azlan Shah, restoran ini terletak di arah bertentangan, berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Seingat aku, kedai ini beroperasi dari waktu makan tengahari sehingga tengah malam setiap hari kecuali hari Sabtu kerana para peniaga dan pengunjung pasar malam akan membanjiri jalan tersebut pada hari Sabtu. Menu aku pada kunjungan hari itu, teh-o halia, limau ais, tomyam campur saiz A, ayam goreng gajus saiz A, nasi goreng + telur goreng, nasi goreng paprik daging merah, jumlah RM21.20.

Point Laparnya:
Point Keseluruhan - 2.8
Harga - 3.0
Suasana - 4.0
Kesedapan - 3.5 (last update 25/1/09, 3-4 tahun lepas rasanya lagi sedap)
Servis - 4.0

Skima Laparnya:
1 : Pangkah Terus; 3 : Boleh Tahan; 5 : Rekemen;
Harga : 4.5 - 5 = Murah; 3 - 4 = Berpatutan; 1 - 2 : Mahal;
Suasana : 4 ke atas = sesuai untuk keluarga, kekasih, jamuan; 2 - 3 = sekadar tempat makan; Kurang drp. 2 = tak sesuai untuk menjamu selera;

No comments: